Doa Kesyukuran sempena Puja Usia DPMM



Oleh : Marlinawaty Hussin / Foto : Pg. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 





BERAKAS GARISON, Isnin, 16 Februari. - Kementerian Pertahanan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang Ke-52 Tahun.


Majlis tersebut dilaksanakan secara serentak di kesemua surau Perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan majlis tumpuan diadakan di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison.


Hadir pada majlis tersebut ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigadier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin; Timbalan Pemerintah ABDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim; Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan Kementerian Pertahanan.


Majlis tersebut dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Surah Yaa Siin.


Bagi memberkati majlis, Doa Khusus sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang Ke-52 Tahun dibacakan oleh Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar.


Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.


Close